Friday, March 25, 2011

Sakit Gigi



Ada dua (2) sakit yang akak paling takut dalam hidup. Pertama, sakit nak beranak dan keduanya, sakit gigi. Siapa yang dah beranak tu tahulah macamana rasa dia kan tapi kalau sakit gigi, memang menonggeng-nonggeng. Akak rasa sakit nak beranak pun akak tak nangis dari pagi sampai petang. Malang sungguh nasib akak. Rasanya dah masuk dua (2) minggu sakit ni. Dentist dah pergi tapi dia bagi antibiotik saja sebab katanya gigi elok. Mungkin gusi yang kena infection. Next appointment 2hb April. Aduh, lambatnya lagi. Menyeksakan. Asal makan aje sakit. Nampak gayanya terpaksalah akak puasa macam ni. Boleh bertambah kurus agak macam ni.

Agak-agak kalau ada jual ubat macam kat bawah ni mau akak beli berkoyan-koyan. Hahahahaha.....



Monday, March 7, 2011

Harap Maaf



Harap Maaf semua. Tergendala seketika kerana terlampau sibuk dengan kerja-kerja rutin hingga mengganggu proses update di blog ini. Harap bila semuanya selesai boleh sambung balik.

Untuk perhatian, aktiviti diet buat masa ini masih diteruskan. Begitu juga dengan aktiviti brisk walking setiap Sabtu dan Ahad. Aktiviti brisk walking ni bermula masa cuti Tahun Baru Cina lepas. Nak lari tak larat jadi brisk walkinglah jawabnya. Bab penurunan badan pulak rasanya dah ringan sikit tapi tak timbang pulak sebab mesin timbang dah rosak (mungkin terlampau berat sangat...hahahhaha). Tunggu beli timbang baru pulak. Sekian.