Friday, December 30, 2011

Masih nak Berdiet

Salam semua, akak kat sini masih hidup lagi. Badan ada susut sikit aje gara-gara mengalami muntah-muntah, cirit-birit dan demam. Iyalah, tak lalu nak makan jadi kuruslah sikit. Turun pun tak banyak dalam 2 kilo aje.

Cita-cita utama akak iaitu "Aku nak Diet' masih diteruskan walaupun sangat menyeksakan bagi akak. Kiranya azam tahun 2012 untuk berdiet mesti lebih tinggi mengatasi segalanya. Wahhhh!! Berkobar-kobar nampaknya azam tahun 2012 akak ni.

Akak ni sekarang dah jarang buat exercise macam dulu sebab banyak sangat penyakit. Kejap sakit kakilah, sakit kepalalah, sakit badanlah, semuanya sakit. Kata orang jangan layan sangat sakit-sakitnya, nanti dia naik lemak.

Moga-moga untuk tahun 2012 ni kesihatan akak in tip top condition and bolehlah akak teruskan usaha akak untuk berdiet. Target akak untuk turunkan sekurang-kurangnya 5 - 7 kilo dalam masa dua bulan ni. Jangan tanya berapa berat akak sekarang. Malu woooo.