Friday, February 11, 2011

Padah Berdiet


Dah 3 hari berlalu since last diet hari tu.... Dukacita dimaklumkan selama 3 hari tak dapat diet sebab kena gastrik. Mungkin perut tak tahan sebab tak makan nasi la gamaknya.... Jadi hari ini pun tak diet juga. Insyallah esok sambung balik. Anyway, berat badan turun 1 kilo. Alhamdulillah....

Monday, February 7, 2011

Sambung Diet


Dah lima hari berlalu sebab cuti Tahun Baru Cina. Nak diet pun tak dapat sebab tak tahan godaan masakan yang dimasak sepanjang cuti ni. Diet sikit-sikit tu adalah tapi taklah macam selalu. Cuma akak kurangkan makan nasi aje. Tapi Raya Cina pertama dan kedua bedal jugak nasi. Laparlah... lebih-lebih lagi tak pegi mana-mana asyik terperuk aje kat rumah. Mana boleh tahan.

Oh ya! Ada aktiviti baru bermula cuti 4 hari tu. Akak dah mula exercise di Taman Tasik Titiwangsa. Buat permulaan akak buat brisk walking aje (jalan cepat-cepat macam nak kejar tren). Satu pusingan Tasik Titiwangsa tu akak dapat cover dalam 30 minit. Tak tahulah ok ke tak ok tapi bagi akak oklah tu. Nak berlari conform tak boleh sebab lutut sakit. So jalan cepat-cepatlah. Masa first day tu kira oklah juga. Second day pun begitu. Masuk third day dan fourth day dah macam orang capiklah pulak. Kalau first dan second day boleh buat dalam 30 minit, third and fourth lama sikit dalam 40 minit sebab tumit kaki, betis dah terasa sakit. Maklumlah jarang exercise.

Harap weekend ni dapat buat lagi kalo tak malas.

Start hari ni akak berdiet semula. Kiranya diet day 2 lah ni

Menu Day Two

Pagi:
Bihun kosong setengah
Milo 1 mug
Air Mineral 2 botol

Tengahari:
Roti Gardenia 2 keping taruk cheese dan ayam slices bakar
Air Mineral 2 botol

Malam:
Nugget Seketul (tak lalu nak makan)
Air Mineral 2 botol
Nescafe 1 mug


Thursday, February 3, 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Akak mengambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada ex boss dan ex-colleagues kat opis lama. Rindu kat korang ek..

Mr. Tan Kok Hong, CT Ng, Teoh Chee Yoong,
Loy Chee Peng, Cheong Wing Peng,

Ng Tiat Ghee, Ng Tian Sin, Mr Loh Ah Lam,
Lee Chee Heng, Fang, Betty, Currene
dan lain-lain lagi....
ramai sangat kalo nak sebut ni....


Wishing you all Happiness, Prosperity
and Longevity....

GONG XI FA CAI!!


Wednesday, February 2, 2011

Menu Day One

Akak ni bab-bab kira kalori bukannya pandai pun. Apapun, untuk hari ini akak rasa akak kurang makan semenjak nak diet ni. Menu akak untuk hari ini:

Pagi:
Roti Telur 1
Milo 3 in 1 satu cawan (akak letak air banyak-banyak supaya tawar sikit)
Air Mineral (600ml) 3 botol

Tengahari:
Kuih Putu Ayu - 3 biji
Roti bun - 1 biji
Air Mineral (600ml) 2 botol

Malam:
Roti 2 keping
Telur Hancur 1 biji
Nescafe Panas 1 mug
Air Mineral 2 gelas





Aku Nak Diet

Selalu juga dengar kawan-kawan bila ajak makan mesti ada seorang dua akan kata "aku nak diet hari ini". Kadang-kadang naik jelak dengar perkataan diet ni. Itu dulu. Sekarang dah terbalik. Akak pula yang selalu guna perkataan "diet" ni. Iyalah, mana taknya sebab badan akak ni sekarang bagai dipam-pam.

Ada juga rakan-rakan yang gelak giler bila akak cakap nak "berdiet". Mana taknya, selalu kat mana ada makanan kat situlah akak ada (malunya..). Macam kat mana ada gula kat situlah ada semut.

Tapi semua ni dah berubah. Start tahun 2011 ni azam akak ialah berdiet. Kalau boleh nak turunkan 20 kilo. Tak tahulah boleh ke tidak. Harapan akak gitulah.

Kalau ikutkan sejarah keluarga, keluarga akak bukanlah tergolong dalam golongan yang berbadan besar atau "gemuk". Mak dan bapak akak pun lagi kurus dari akak . Hehehehe.. Tapi mungkin sebab akak ni memang kuat makan agaknya (pantang jumpa makan, asyik nak melahap aje). Tu yang meluap-luap berat badan bertambah.

Tak payahlah akak bagitahu berapa berat badan akak sekarang. Malulah. Nanti bila dah tercapai cita-cita dapat turunkan berat 20 kilo tu nanti akak tepek gambar before and after. Buat masa sekarang nak concentrate on losing weight dulu.

Hopefully, berjaya.