Monday, February 7, 2011

Sambung Diet


Dah lima hari berlalu sebab cuti Tahun Baru Cina. Nak diet pun tak dapat sebab tak tahan godaan masakan yang dimasak sepanjang cuti ni. Diet sikit-sikit tu adalah tapi taklah macam selalu. Cuma akak kurangkan makan nasi aje. Tapi Raya Cina pertama dan kedua bedal jugak nasi. Laparlah... lebih-lebih lagi tak pegi mana-mana asyik terperuk aje kat rumah. Mana boleh tahan.

Oh ya! Ada aktiviti baru bermula cuti 4 hari tu. Akak dah mula exercise di Taman Tasik Titiwangsa. Buat permulaan akak buat brisk walking aje (jalan cepat-cepat macam nak kejar tren). Satu pusingan Tasik Titiwangsa tu akak dapat cover dalam 30 minit. Tak tahulah ok ke tak ok tapi bagi akak oklah tu. Nak berlari conform tak boleh sebab lutut sakit. So jalan cepat-cepatlah. Masa first day tu kira oklah juga. Second day pun begitu. Masuk third day dan fourth day dah macam orang capiklah pulak. Kalau first dan second day boleh buat dalam 30 minit, third and fourth lama sikit dalam 40 minit sebab tumit kaki, betis dah terasa sakit. Maklumlah jarang exercise.

Harap weekend ni dapat buat lagi kalo tak malas.

Start hari ni akak berdiet semula. Kiranya diet day 2 lah ni

Menu Day Two

Pagi:
Bihun kosong setengah
Milo 1 mug
Air Mineral 2 botol

Tengahari:
Roti Gardenia 2 keping taruk cheese dan ayam slices bakar
Air Mineral 2 botol

Malam:
Nugget Seketul (tak lalu nak makan)
Air Mineral 2 botol
Nescafe 1 mug


No comments:

Post a Comment