Tuesday, May 8, 2012

Diet Update

Macam akak katakan dulu, memang akak nak diet dan hingga kini, akak dah turun 2 kilo.  Berapa keseluruhan berat akak?  Janganlah korang tanya.  Malu weiiiii.... Hahahaha....  So far, so good.  Pagi akak makan biskut jacob wheatmeal or crackers dalam 2 3 keping.  Pastu minum air kosong banyak-banyak.  Dalam pukul 11.00 pagi akak minum milo sejuk dan nescafe  3 in 1 (campur sekali).  Tengahari akak makan roti dengan telur goreng / hot dog bakar (potong nipis2) ataupun roti bun.  Pastu minum air kosong banyak-banyak.  Alhamdulillah kenyang.  Malam pulak, walaupun akak kena masak tiap-tiap malam, seboleh-bolehnya akak makan sikit.  Cuit-cuit aje and minum kopi panas segelas. 

Mula-mula memang menggigil. Lama-lama oklah tu.  As for exercise pula, akak jarang buat exercise sebab kaki tak baik lagi.  Tapi banyakkan buat kerja rumah seperti mop lantai, kemas rumah n lain-lain yang senang keluar peluh.  Menitik-nitik peluh you....

Friday, April 13, 2012

Start Diet Balik


Oleh kerana sekian lama akak tinggalkan acara diet ni, maka dengan ini akak declare mulai hari Isnin akak akan start diet balik. Hasrat untuk diet balik ini semakin meluap-meluap rasanya bila ramai yang tanya akak mengandung ke. Mahu tak runtuh hati akak bila orang tanya macam tu. Kalau cover cover tanya akak tak kisahlah. Ini tidak, ditanyanya depan ramai orang. Tergagap-gagap akak nak menjawab. Rasa nak cili kan mulut orang tu pun ada gak. Menangis akak tau. Sob..sob..

Walaupun akak rasa diet kali paling seksa dan mengambil masa yang lama disebabkan suntikan steroid dan pengambilan ubat, namun akak akan cuba juga. Akak nak buktikan yang akak tak mengandung. Huhuhu...

Monday, April 9, 2012

Plantar Fasciitis


Siapa pernah kena Plantar Fasciitis? Angkat tangan. Hahahaha.... akak kena sakit ini. Sakit ini berkaitan dengan tumit kaki. Memang confirm tak boleh nak berjoging ke, exercise ke, apa-apa aktiviti yang menggunakan bebanan kaki. Kalau nak juga buat aktiviti ni. Jawabnya, susah nak baik. Kena tunggu baik dulu baru boleh teruskan.

Actually, akak dah lama kena Plantar Fasciitis ni. Tiap kali sakit pergi klinik dan doktor akan bagi ubat penahan sakit dan bagi tips untuk buat senaman regangan tapak kaki. Macam itulah routinenya tiap kali sakit kaki. Sampailah dah tak tahan sangat, terpaksalah minta doktor surat referal untuk ke Specialist. 4 tahun menahan sakit.

Bila pergi jumpa specialist, kaki kena Xtray dan resultnya, ada heel spurs yang sangat panjang macam taring ananconda kat kaki akak. Patutlah teramat sakit. Heel spurs ni dah tekan urat saraf akak dan itu menyebab kaki akak dan betis sakit sepanjang masa.

Kesudahannya, akak diberi suntikan steroid pada kaki akak yang sakit. Sebenarnya sebelum ini akak dah pernah kena steroid injection kat klinik biasa. Sakit woooo... Akak juga disarankan memakai kasut made to order yang boleh didapati di Foot Solutions. Kopak lagilah poket akak.

Sebelum itu akak ada juga beli foot pad khas untuk sakit Plantar Fasciitis ni tapi belum pakai lagi. Di Kuala Lumpur ni akak belum jumpa pun kedai/farmasi yang jual foot pad ni. Yang ini akak beli direct dari US. Doktor kata itu pun boleh cuba juga. Kalau ok bolehlah pakai. Tapi yang di Foot Solutions tu tetap kena buat.


Macam inilah rupa heel spur tapi bukan kaki akak.
Akak pinjam dari Pakcik Google.
Akak punya heel spur lagi panjang dari dalam gambar ni.

Siap bagi Exercise Guide lagi




Tuesday, March 27, 2012

Diet ke Tidak

Buat masa sekarang, diet tak diteruskan sebab banyak sangat sakit. Mujur darah tinggi dan kencing manis tak masuk dalam list. Kalau tidak memang confirmlah kena jaga makanan. Walau bagaimanapun, cita-cita berdiet tu tetap ada. Mungkin dalam sebulan lagi diet diteruskan. Kalau tengok burung pink kat atas tu, macam itulah akak. Hahahah...


Friday, December 30, 2011

Masih nak Berdiet

Salam semua, akak kat sini masih hidup lagi. Badan ada susut sikit aje gara-gara mengalami muntah-muntah, cirit-birit dan demam. Iyalah, tak lalu nak makan jadi kuruslah sikit. Turun pun tak banyak dalam 2 kilo aje.

Cita-cita utama akak iaitu "Aku nak Diet' masih diteruskan walaupun sangat menyeksakan bagi akak. Kiranya azam tahun 2012 untuk berdiet mesti lebih tinggi mengatasi segalanya. Wahhhh!! Berkobar-kobar nampaknya azam tahun 2012 akak ni.

Akak ni sekarang dah jarang buat exercise macam dulu sebab banyak sangat penyakit. Kejap sakit kakilah, sakit kepalalah, sakit badanlah, semuanya sakit. Kata orang jangan layan sangat sakit-sakitnya, nanti dia naik lemak.

Moga-moga untuk tahun 2012 ni kesihatan akak in tip top condition and bolehlah akak teruskan usaha akak untuk berdiet. Target akak untuk turunkan sekurang-kurangnya 5 - 7 kilo dalam masa dua bulan ni. Jangan tanya berapa berat akak sekarang. Malu woooo.





Wednesday, June 29, 2011

What Happened To My Diet



Satu soalan yang bagus. Korang mesti nak tahu apa dah jadi. Hahaha... Malu nak cerita... Diet masih lagi. Makan still kurang cuma bab exercise kurang sikit sebab terlampaulah malasnya. Cuma baru-baru ni paksa diri untuk buat exercise.

Bebas Dari Sakit Gigi




Lama sungguh akak tak update blog ni lepas kes sakit gigi beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah, sekarang dah bebas dari sakit gigi. Pesanan akak, janganlah tunggu lama-lama kalau sakit gigi. Kalau rasa sakit sikit-sikit pergilah jumpa dentist. Macam akak ni, disebabkan terlampau phobia dengan dentist akibatnya, tiga batang gigi kena cabut dan 2 batang kena repair. Hahaha... macam kereta pulak nak kena repair. Sebulan lebih juga keluar masuk dentist. Sekarang lega betul rasa sebab gigi dah tak sakit.