Friday, April 13, 2012

Start Diet Balik


Oleh kerana sekian lama akak tinggalkan acara diet ni, maka dengan ini akak declare mulai hari Isnin akak akan start diet balik. Hasrat untuk diet balik ini semakin meluap-meluap rasanya bila ramai yang tanya akak mengandung ke. Mahu tak runtuh hati akak bila orang tanya macam tu. Kalau cover cover tanya akak tak kisahlah. Ini tidak, ditanyanya depan ramai orang. Tergagap-gagap akak nak menjawab. Rasa nak cili kan mulut orang tu pun ada gak. Menangis akak tau. Sob..sob..

Walaupun akak rasa diet kali paling seksa dan mengambil masa yang lama disebabkan suntikan steroid dan pengambilan ubat, namun akak akan cuba juga. Akak nak buktikan yang akak tak mengandung. Huhuhu...

No comments:

Post a Comment