Monday, April 9, 2012

Plantar Fasciitis


Siapa pernah kena Plantar Fasciitis? Angkat tangan. Hahahaha.... akak kena sakit ini. Sakit ini berkaitan dengan tumit kaki. Memang confirm tak boleh nak berjoging ke, exercise ke, apa-apa aktiviti yang menggunakan bebanan kaki. Kalau nak juga buat aktiviti ni. Jawabnya, susah nak baik. Kena tunggu baik dulu baru boleh teruskan.

Actually, akak dah lama kena Plantar Fasciitis ni. Tiap kali sakit pergi klinik dan doktor akan bagi ubat penahan sakit dan bagi tips untuk buat senaman regangan tapak kaki. Macam itulah routinenya tiap kali sakit kaki. Sampailah dah tak tahan sangat, terpaksalah minta doktor surat referal untuk ke Specialist. 4 tahun menahan sakit.

Bila pergi jumpa specialist, kaki kena Xtray dan resultnya, ada heel spurs yang sangat panjang macam taring ananconda kat kaki akak. Patutlah teramat sakit. Heel spurs ni dah tekan urat saraf akak dan itu menyebab kaki akak dan betis sakit sepanjang masa.

Kesudahannya, akak diberi suntikan steroid pada kaki akak yang sakit. Sebenarnya sebelum ini akak dah pernah kena steroid injection kat klinik biasa. Sakit woooo... Akak juga disarankan memakai kasut made to order yang boleh didapati di Foot Solutions. Kopak lagilah poket akak.

Sebelum itu akak ada juga beli foot pad khas untuk sakit Plantar Fasciitis ni tapi belum pakai lagi. Di Kuala Lumpur ni akak belum jumpa pun kedai/farmasi yang jual foot pad ni. Yang ini akak beli direct dari US. Doktor kata itu pun boleh cuba juga. Kalau ok bolehlah pakai. Tapi yang di Foot Solutions tu tetap kena buat.


Macam inilah rupa heel spur tapi bukan kaki akak.
Akak pinjam dari Pakcik Google.
Akak punya heel spur lagi panjang dari dalam gambar ni.

Siap bagi Exercise Guide lagi




No comments:

Post a Comment