Tuesday, March 27, 2012

Diet ke Tidak

Buat masa sekarang, diet tak diteruskan sebab banyak sangat sakit. Mujur darah tinggi dan kencing manis tak masuk dalam list. Kalau tidak memang confirmlah kena jaga makanan. Walau bagaimanapun, cita-cita berdiet tu tetap ada. Mungkin dalam sebulan lagi diet diteruskan. Kalau tengok burung pink kat atas tu, macam itulah akak. Hahahah...


Friday, December 30, 2011

Masih nak Berdiet

Salam semua, akak kat sini masih hidup lagi. Badan ada susut sikit aje gara-gara mengalami muntah-muntah, cirit-birit dan demam. Iyalah, tak lalu nak makan jadi kuruslah sikit. Turun pun tak banyak dalam 2 kilo aje.

Cita-cita utama akak iaitu "Aku nak Diet' masih diteruskan walaupun sangat menyeksakan bagi akak. Kiranya azam tahun 2012 untuk berdiet mesti lebih tinggi mengatasi segalanya. Wahhhh!! Berkobar-kobar nampaknya azam tahun 2012 akak ni.

Akak ni sekarang dah jarang buat exercise macam dulu sebab banyak sangat penyakit. Kejap sakit kakilah, sakit kepalalah, sakit badanlah, semuanya sakit. Kata orang jangan layan sangat sakit-sakitnya, nanti dia naik lemak.

Moga-moga untuk tahun 2012 ni kesihatan akak in tip top condition and bolehlah akak teruskan usaha akak untuk berdiet. Target akak untuk turunkan sekurang-kurangnya 5 - 7 kilo dalam masa dua bulan ni. Jangan tanya berapa berat akak sekarang. Malu woooo.





Wednesday, June 29, 2011

What Happened To My Diet



Satu soalan yang bagus. Korang mesti nak tahu apa dah jadi. Hahaha... Malu nak cerita... Diet masih lagi. Makan still kurang cuma bab exercise kurang sikit sebab terlampaulah malasnya. Cuma baru-baru ni paksa diri untuk buat exercise.

Bebas Dari Sakit Gigi




Lama sungguh akak tak update blog ni lepas kes sakit gigi beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah, sekarang dah bebas dari sakit gigi. Pesanan akak, janganlah tunggu lama-lama kalau sakit gigi. Kalau rasa sakit sikit-sikit pergilah jumpa dentist. Macam akak ni, disebabkan terlampau phobia dengan dentist akibatnya, tiga batang gigi kena cabut dan 2 batang kena repair. Hahaha... macam kereta pulak nak kena repair. Sebulan lebih juga keluar masuk dentist. Sekarang lega betul rasa sebab gigi dah tak sakit.

Friday, March 25, 2011

Sakit Gigi



Ada dua (2) sakit yang akak paling takut dalam hidup. Pertama, sakit nak beranak dan keduanya, sakit gigi. Siapa yang dah beranak tu tahulah macamana rasa dia kan tapi kalau sakit gigi, memang menonggeng-nonggeng. Akak rasa sakit nak beranak pun akak tak nangis dari pagi sampai petang. Malang sungguh nasib akak. Rasanya dah masuk dua (2) minggu sakit ni. Dentist dah pergi tapi dia bagi antibiotik saja sebab katanya gigi elok. Mungkin gusi yang kena infection. Next appointment 2hb April. Aduh, lambatnya lagi. Menyeksakan. Asal makan aje sakit. Nampak gayanya terpaksalah akak puasa macam ni. Boleh bertambah kurus agak macam ni.

Agak-agak kalau ada jual ubat macam kat bawah ni mau akak beli berkoyan-koyan. Hahahahaha.....



Monday, March 7, 2011

Harap Maaf



Harap Maaf semua. Tergendala seketika kerana terlampau sibuk dengan kerja-kerja rutin hingga mengganggu proses update di blog ini. Harap bila semuanya selesai boleh sambung balik.

Untuk perhatian, aktiviti diet buat masa ini masih diteruskan. Begitu juga dengan aktiviti brisk walking setiap Sabtu dan Ahad. Aktiviti brisk walking ni bermula masa cuti Tahun Baru Cina lepas. Nak lari tak larat jadi brisk walkinglah jawabnya. Bab penurunan badan pulak rasanya dah ringan sikit tapi tak timbang pulak sebab mesin timbang dah rosak (mungkin terlampau berat sangat...hahahhaha). Tunggu beli timbang baru pulak. Sekian.

Friday, February 11, 2011

Padah Berdiet


Dah 3 hari berlalu since last diet hari tu.... Dukacita dimaklumkan selama 3 hari tak dapat diet sebab kena gastrik. Mungkin perut tak tahan sebab tak makan nasi la gamaknya.... Jadi hari ini pun tak diet juga. Insyallah esok sambung balik. Anyway, berat badan turun 1 kilo. Alhamdulillah....